Sunday, 20 November 2011

JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"







Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu

 mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam 

air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & 

mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 



Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada

 seseorang... Setelah dea mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu 

MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... 

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK


dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada 

takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... 

Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia 

dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat 

dipergunakan lagi... 



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah

 kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... 

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN

bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA

meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi 


hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... 

Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang 

lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak 


boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa 

KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. 

MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba 

MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar 

kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA 

apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan 

MENYESAL...!! 






No comments:

Post a Comment