Sunday 12 August 2012

Why Don't I Have A Boyfriend




Muslimah's, please memorize this.

Found this on Facebook. Felt the need to spread the word.
---
She asked her: Why don’t you have a boyfriend? She replied with confidence: You tell me. Why would I have a boyfriend? I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours. 
First, I am a believer, 
I can’t do what displeases my Creator. He ordered me not to to have a boyfriend so I should obey Him.

Allah says in Qur’an: “Nor those who take [secret] lovers." (surat Al-Nisa-25). 

Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children insyaAllah. I am preserving myself to him only.



My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell. No one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty. 

Dear Muslimah's. Know your worth, and Be that One In Million who love to have the love of their Lord more than the love of a boyfriend!


sebab tu kadang aku tak nampak apa relevannya ada boyfriend nih. buat semak mata+telinga+kepala dan sebagainya kot. entahla.
setiap kali si best friend tanya aku, napa tak couple ? napa tak itu. tak ini. hiiiishh, rimas den.
perlu ke couple. bagi aku TAK PERLU.


Wednesday 11 July 2012

sad story

assalamualaikum
menitik air mata bila aku baca kisah ni. sebab aku tak tau nak update apa kat blog aku ni, seriusli dah berhabuk kot, aku pon ada terbaca kisah ni, hampir menitik la air mata aku kan. tapi, aku tahan. hehe. berlagak, control macho kononnya. :P 


-Surat Untuk Abang Dan Adik-


Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..



“Khas buat abangku,


Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..



Salam sayang,

Adik.”



Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..



Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..



Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…



“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..



Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..



Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.



Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.



Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, 

TERIMA KASIH.



Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, 

TERIMA KASIH.



Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, 

TERIMA KASIH.



Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, 

TERIMA KASIH.



Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, 

TERIMA KASIH.



Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, 

TERIMA KASIH.



Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..



Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”



Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku......

(T_T)



Saturday 9 June 2012

extend cuti?



Allah tidak janji yg hidup kita akan senang tapi Allah janji akan sentiasa bersama kita.




hahahaha
how can UIA?
give extra holiday to us?
sangat musykil. haha
ya lah, buka selalu UIA nak bagi cuti2 mengejut macam nih.
cuti mid sem pon tergamak dea bagi kami 2 hari ja. 
haish, musykil aku, musykil!

btw, apa2 pon aku tetap bersyukur kan.
dapatlah aku stay kat rumah ni lama2 sikit kan.
dapa berpayung di bawah ketiak mak ayah lebih lama.
dapat merasa air tangan masakan ibu tu lebih lama.
dapat berkampung dgn family lama lama.
terima kasih UIA.
love u muchio. hihi

kadang2 tu geram jugak la aku 
those manusia yg tak tau nak bersyukur ni.
weh, ada sebab lah UIA bg cuti lebih.
jgn lah nak emo emo sangat weh.
chill la babe!
kalau hang nak marah pasal tiket, aku pon boleh marah
sebab aku pon dah beli tiket
BUT
benda tu boleh tukar kan.
hang p kaunter tiket, hang tukar ja lah. 
benda tu tak susah.
setakat dea charge dua tiga ringgit tu bayaq ja lah
bukannya mahai sangat pon.
tak suka gak aku orang yg emo lebih2 tak tentu pasai ni.
mengaji tinggi2
amek pulak kos hat meletuuuuup kat U..
last2 hang mencarut la, maki orang la.
hai, yg lawa pon jadi tak lawa weh.
yg hensem pon orang tak pandang weh.
buruk lagi ada la
manusia zaman sekarang.
cakap lepas ja banyak.
fikir la perasaan orang weh.
setiap berlaku tu mesti Allah janjikan hikmahnya.
relek sudaaaaaaaaaa.. 
dok maki hamun buat apanya.
tak dapat apa pon melainkan hang tambah dosa2 hang yg dah bertimbun tu ja.
sorry terkasar, but hakikat okay.

rugi la kat UIA ada provide hang utk belajar
Basic Theme of Al-Quran,
Religion in Malaysia,
Understanding Islam
tapi hang tak mampu nak apply lesson tu in daily life
buruk weh.

okay.
thats all.
sorry terkasar
terpaksa highlight yg banyak manusia dalam dunia ni jarangnya nak bersyukur 

Allah tahu tentang dirimu lebih baek daripada engkau sendiri, maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baek daripada apa yang engkau kehendaki.


syukur Alhamdulillah :D







Monday 7 May 2012

its over :D



final is over..!

yeah.. i'm free now.. haha

lama gila wehh tak update blog.. haha..

tempoh masa yg sangat sangat sangat lama..


hari ni aku happy sangat..

happy sebab apa?

sebab final dah habes. even ending paper physic tu yang susah bagaiii

tapi takpa lah..dah nampak rumah punya pasal kan..

segala susah payah tu telah dilupakan.. heh heh

perasan aku digambarkan seperti gambar2 d atas..

antara ramai2 lagi yg tengah berperang nak menghabeskan exam paper..

aku  yg happy nak balik rumah

balik duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu .. haha

happy nya happy nya..





Saturday 14 April 2012

moment : BBQ PEERS




assalamualaikum w.b.t
in the name of Allah, the most gracious and the most merciful

CONGRATULATION...!

haha, as u can see from the invitation card above
i'm specially invited to the BBQ PEERS CFS IIUM :)
seronok ke? seronok ke?
mestilaaaa, makan free babe.. sapa tak mau.. kih3
date 07/04/2012
hihi,,
dah seminggu yg lepas dah,, aku baru nak update hari ni
mujuq siap simpan lg invitation card dea,,
kalau tak, mana aku nak cari nak tunjuk dalam blog ni.. weheeeeeeeeeeee~

org p sana semuanya pakai melawa2,, haha,,
paling kurang pon pakai blaus
ada yg bersiap bagai pon ramai ja
tapi kami???
haha.. hanya bert-shirt muslimah.. tudung straight.. n sandal biasa.. mujuq tak pakai seluaq track ja.. haha
memang simple habes lah kan..
ya lah, mana la nak taw kena pakai lawa2..
kami buat cara kami ja lah.. sekali sampai2.. uuuuiiissshh.. pakat pakai lawa rupanya.. segan aiyh kami..haha


kami p sana dalam lepas isyak macam tu
event ni start pukul 8.15..tapi sejam berikutnya baru kami sampai..
biasalah.. nama pon specially invited kan.. haha
mestila lambat..selalu VVIP mmang datang lambat pon kan?
see? kami kan VVIP.. kikiki


sampai sana mcm2 games lah yg peers organized kan..
oooppsss lupa lak nak introduce peers ni apa.. hihi.. sorry
peers ni mcm society la.. kalau kat sekolah kita panggil PRS..
best masuk peers ni.. semua org kita rasa mcm family..
rapat sehabes baek.. hihi.. alhamdulillah :D


mula2.. ada game makan tembikai beramai-ramai.. hihi
disebabkan aku ni tak makan segala jenis buah buahan termasuk tembikai, maknanya aku terselamatlah dr main game tuh
hihi, kesian org laen.. bertungkus lumus nak habeskan tembikai yg separuh besq tu haaa
kesiaaaaaaaaaaaaaan... heeeeee~ maaf semua

seriusli best sgt..
pastu maen tisu koyak..
tisu koyak ni maen dea mcm kita kena pegang tisu tu dgn kawan sebelah..
sapa yg jatuh atau terkoyakkan tisu tuuuuuu, maknanya dea akan kena denda lah..
denda dea cerita pengalamanlah, menyanyi lah.. n macam lg lah..
depends la kena pa dea tuu..naseb2..
tapi aku berjaya mengharungi *cehh, ayat skema.. betoika bahasa aku? mengharungi.. hihi
takpalah mengharungi pon, aku berjaya mengharungi game tu sampai la the end
tak dak la pemenang pon..tp as happy kan diri.. memang terbaek lah peers..!



TOGETHER WE LOVE, TOGETHER WE CARE

ni kira tagline peers la..
tengok2 pic2 ni,, semua ada gaya love dgn care tak..
ada kan.. ada kan.. ada kan..
hihi
 tambah2 muka comel aku ni.. <------ cepat perasan sungguh la hang ni syafa... haha


tengah2 dok syok bergambar tuuu... tibaaaaaa2..............................


Nur Syafawati.....!

ehh, nama aku? kenapa?
tertanya tanya aku.. rupaaaaanya
aku dapat lucky draw...!
hehe.. memang syok habes lah kan..
jarang ber'lucky' dlm hidup ni..
kalau selalu tengok org laen ja dapat
teka aku dpt pa?
aku dapat 1 beg makanan......!
ahahha... macam tau2 ja depa bg aku 1 beg makanan
dalam tu adaaaa
milo sejuk, mr. potato, chipster, chipsmore, choki choki, roller coaster, n banyak lagi lah
yg sampai sekarang makanan tu still tak bersentuh lagi..
tak tau nak makan bila.. hihihi


mcm tau2 sungguh,
ada yg dapat barangan adidas, barangan pantene...
yang paling best ada org yg dapat barangan body shop...!
huhu,, dah la shower cream n perfume bodyshop.. wangi kot wehh..
haha.. tapi takpa.. dapat 1 beg makanan tu pon aku dah bersyukur dahh,, sedap wooo.. potato2 semua tuh.. haha



dapat2 beg memang aku tak tinggai dah la..
sampai ada hat teguq.. 
"cuba hang letak beg hang tu syafa, tak hilang aiyh.." hihi
mana boleh, ni beg aku.. makanan penuh kot..
haaaaaaaa.....!
sebut pasai makanan.. menu BBQ tadi lupa nak gitaw,,
ada bihun singapore, nasi goreng cina, ayam bakar, kek, keropok, sosej n fries, pulut kuning n rendang daging.. kenyang habes babe...
terima kasih peers invite aku.. mue he he


mcm biasalah,, selagi boley bergambar.. kami posing sehabes baek.. hihi
dah2 la tu kot.. setakat ini sahaja ya..
sekiaaaaaaaaaaaaaan
wassalam :)








Monday 9 April 2012

wedding


assalamualaikum..
lama kan aku tak update blog,
last update pon 3 minggu lepas, hehehe
tapi insyaAllah, minggu ni nak update selalu rasanya,
aisehh, macam sempat ja, sempat rasanya kalau aku tak bukak benda laen
actually aku tak update sebab aku sibuk jugak la,
sibuk lagi hang ni syafa, mengalahkan VIP kot, hihi
lagi satu broadband aku habis limit, biasalah bila selalu download mcm2 benda, 
cepat ja dea habes limit, maxis2, haha

entry kali ni nak cter pasai kahwen or dalam bahasa kampung aku yg dipanggil wedding, ngeeee~
seperti tarikh di atas
25/03/2012
family aku mai sini, asyik3
suka ja ea kalau mak ayah mai,
setilah, sapa yg tak suka kan
bukan senang mak ngan ayah aku nak mai,
kalau dapat mai tu kira satu rahmat n anugerah bg aku,
aku memang bersyukur sangat2 lah kalau selalu mcm tu
terima kasih ya Allah, even mak ngan ayah aku mai dua hari ja, aku dah cukup bersyukur daaa :)


yg kahwen nya cousin aku,
rumah dea kat gombak,
kat dewan taman sri gombak
dekat la jugak dgn UIA gombak, hehe


family aku mai sini hari jumaat mcm tu lah,
kenduri tu hari ahad
best jugak lah,
cousin aku ni kahwen dgn anak dato', dgn anak saudara Yusoff Haslam,
so, kiranya masa aku p sana tu jumpa lak seangkatan Yusof Haslam tu,
dapat la jumpa hero aku , Shamsul Yusof <------ eleh, ya ka hero aku? hik3

haaaa, ni gambar cousin aku yg kahwen tuuu

ramai la sedara mara, kaum kerabat, adik beradik, sepupu sepapat, mai wedding nih
ya lah kan, normallah tu, sambil2 attend wedding, ziarahlah sekali kan,
bukan selalu la ni nak gather satu family besaq mcm dulu dah,
masing2 dah busy, n dah besaq2 belaka,
dah kahwen n dah ada tanggungjawab laen


ni gambar aku ngan makcik aku,
hihi, muda lagi kan makcik aku? umur dea baru 25 tapi dah ada anak dua dah pon,
memang kalau dea tak bagitau dea dah kahwen, dah ada 2 anak, memang org ingat makcik aku ni,
still single mingle jingle bell bell lagi,
hihi
siap ada yg mengorat lagi dea kat wedding tu,,
aku tadak lah pulak org nak ngorat,, sobs3x,, hahahahhahahaa
buat sadis lak syafa oooooiii,,kikiki
sekali makcik aku pegang 2 org anak dea hat comey lotey tuh,
semua beralih tengok, laaaah, dah ada anak kaa?? hahhahaha
lawak toi,
so, dont judge people by looking at their appearance, hihi
 ni anak2 makcik aku...

ni anak yg first
Ainnur Qaisara

ni yg second
Aiman Qusyairi

comey2 kan? macam aku,, hik3

hat dua org ni pon comey gak pa,
adik aku dgn anak cousin aku jugak
sihat2 betoi dua org ni,
kalau kata dua beradik pon org percaya nih, haha


makcik aku dgn aiman


ni time dah habes makan dah pon,
ye la, takkan after makan nak terus balik kan
stay dulu lah,
dah la rumah jauh nuuuu, haha
haaaaa, kat rumah makcik aku ni lah aku selalu tinggai barang2 kalau cuti panjang
takmau bawak balik, banyak sangat, hehe
n moment dgn makcik aku yg aku tak leh lupa bila dea bawak aku p KLCC dgn berselipar toilet,, ngeeeee~
macam lawak ja bila teringat balik, hik3

aku pakai spec sapa ntah ,
ayah aku bg... hehe
comey ark weeeh? habaq la kata comey,
haha
aku balik dr wedding tu dlm pkol 4 mcm tu lah
after mandi solat semua,
ayah aku hantaq balik UIA
sedeyh kot wehh :'(

even dah umur 19 tp setiap kali nak pisah ngan parents mesti air mata aku menitik2, huhu
huwaaaaaaaaaa :'(








Monday 19 March 2012

meriah sangat..!


assalamualaikum semua :)
this entry totally about outing to KLCC
seriously best gilaaa...!
meriah sangat
pic kat atas tu, semua classmates aku,
6 orang ja termasuk aku, tak ramai pon, hihi
kat hujung sekali Zubaidah, tepi tu Amalina, lepas tu aku, sebelah aku Aliah, tepi aliah pulak Rafi, kanan sekali Husna
kami sebenarnya nak release tension, konon tension sangat lah kan, haha
plus minus kononnya lagi nak celebrate midsem, haha, 
sebenarnya kami tak pernah berpeluang outing satu kelas, kalau ada pon....emmm,
haaaa, ya memang ada, kami pernah outing 1 kelas p KFC, dgn miss sekali
tapi kali ni kami ingat nak enjoy la sikit sbb kami jarang keluar sama2, jarang sangat,
hari sabtu last week lah satu2 nya peluang yang kami ada, next maybe ada lagi peluang tapi takut banyak halangan lah kan,
kelas aku sangat la kecoh, haha,
kami tak plan pon sebenarnya nak p KLCC ni,
dok pikiaq lama jugak la nak decide nak habeskan masa kat mana,
last sekali kawan aku si zubiey ni teringin nak masuk petrosains 
ni la depan petrosains,
aku decide nak p sana dalam pukul 9 macam tu lah,
sebab bukannya apa, senag kalau p awai ni, jalan tak dak lah jem sangat, paham2 lah KL ni, kalau lambat sikit ja alamatnya, nak makan KFC dekat UM tu pon makan masa hampir sejam, padahal selalunya 10min pon tak sampai
aku pon mesej la kengkawan aku cakap esok kita gerak pukul 9
akan tetapi (bahasa skema), si zubiey pulak msg kata nak p pukul 12 sbb dea nak lunch siap2 kat kafe *nak jimat budget katanya* haha, lawaklah zubiey
kami pon tukaq lah plan, keluaq pukul 12.30 macam tu, tunggu punya tunggu bas, tunggu LRT bagai, sbb stesen KLCC tu ada la dalam 7 8 stesen gak transit dea, dalam 15min macam tu nak sampai, 
tengok2 sampai KLCC dah pukul 1 mcm tu la lebih kurang,
so, kalau masuk petrosains time ni tak berbaloi sbb dah nak dekat zohor dah,
tak mau la keluaq2 nanti nak rushing p sembanhyang
kami pon lepak2 lah kat KINOKUNIYA 
depan petrosains, Zubiey dok buat lawak maen lari2 pulak, kikiki

after lepak2 kat kinokuniya tu, kami turun la p solat kat surau which located kat ground floor kot
kinokuniya ni pulak sama level dgn petrosains, atas sekali, penat jugak lah, 
lepas sembahyang semua tu, kami pon pi la nak masuk petrosains
sebenarnya kami semua tak pernah masuk g petrosains secara individual lah, selalunya kami p rombongan so, cikgu la yg beli tiket segala benda mak nenek tu,
bila kami p sendiri sama2 kami mana la nak tau yg tiket tu nak masuk ikot jam,
haha, masa kami p tinggal yg pukul 4.30n petang ja,
lepas tu mula la pikiaq, masuk 4.30 keluaq 6.30, asar tak solat lagi, bla..bla...bla...
bincang2 punya bincang last2 , emmm,,, p ja lah, bulih keluaq awai kan,
kami pon pi la balik kat kaunter dea, last2 org tu cakap tiket dah habes,
aiyoooooo~~ malang betullah :(
aik? cepatnya habes... huhuhu
kempunan gila lah kami, last2 kami masuk la streetzone, sebelah petrosains tu ja
benda ni malu sikit nak cerita sebab masuk2 ja kami tengok semua budak2 under 12, aiyooo, 
tak jumpak hat sebaya mcm kami ni, tengok2, laaaa, memang utk budak2 rupanya
semua permainan ala2 budak2 yang maen, malu2, tapi org tak kisah pon, kami masuklah dgn paksa rela, ya la, dah tak tau nak buat apa lagi, masa panjang lagi, nak balik tak berbaloi sebab kami memang plan nak berseronok antara kami
tengok, macam budak2 kan ? zubiey naek kereta ni, konon kereta ni dea nak test pasai inertia la, pakai seatbelt ke tak, apa kesan dea, rugi aku tak rakam, kalau tak bulih tengok reaksi zubiey cana, kikiki
ni kami bawak kereta, even nampak kebudak budakan tapi takpa lah
try, bila g nak try, hihi

zubiey bawak lagilah lawak, kecoh 1 streetzone tu dgn suara dea saja, haaha



maunya tak budak2, semua gambaq kat c2 pon ala2 disneyland ja
bukannya tadak org tua, ada, cuma org tua mai teman anak depa lah, tapi kami?? hahahhahaah


after semua2 tu kami pon keluaq la,
sempat lagi org bg kat kami sticker konon2 nak lekat dekat kalkulator ka, sticker tahap budak2 tuuu
dalam hati kami -ni perli ka apa ni kat kami-
hahahahahaha

di sebabkan kami tak tau nak buat apa dah, perut pon mula la berbunyi mintak diisi, ya lah penat dok menjerit tengok zubiey bawak kereta,
kami p menjamu selera kat PIZZA HUT
alang2, duet yg nak spend kat petrosains tu kami spend kat pizza lah, hihi
before makan piza amal belanja kami semua makan kek secret, dea beli 2 slices, kami kongsi ramai2, best sangat, lama tak makan kongsi2 :(


sempat lagi dok bersuap-suap tu haa sementara pizza nak sampai,
hihi
kami habeskan segalanya hari tuuu



kenyang gila lah semua kan, semua puas hati la
kat pizza pon dok gelak tak berenti2, ada ja yang dok buat lawak, seriusli tak tahan
aku tak leh bayangkan kalau sem depan kami berenam dah tak sekelas, sunyi kooooot, huhu
after makan, solat semua cukup, kami heading back to CFS IIUM 
penat tp best :)
love all my classmates
wassalam